NU: Perlawanan Terhadap Penjajah.

Al-Khilafah Islamiyah Perkara Mendesak..

Mendudukan Sejarah Kekhilafah`n Islam.

Imam Hanafi –Pendebat Kebenaran

/ On : Sabtu, Juni 26, 2010/



Imam Hanafi –Pendebat Kebenaran

Buku terbaru saya baca. Imam Hanafi dilahirkan lebih dahulu daripada imam-imam mazhab yang lain (Imam Miliki,Imam Hanbal dan Imam Syafie) Nama sebenarnya An Nukman bin Thabit lahir pada 80 Hijrah. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana beliau mendapat seorang anak bernama Hanifah. Ada juga mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi, digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi.

Sejak kelahiran beliau, ibunya sangat berharap anaknya menjadi seorang ulama. Pada usia remajanya beliau cenderung dalam bidang perniagaan namun ibunya berusaha menarik minat beliau ke arah bidang keilmuan agama. Akhirnya beliau ke arah bidang tersebut. Beliau belajar dengan 200 ulama termasuklah beberapa sahabat Nabi SAW seperti Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib dan Abdullah bin Mas’ud. Namun begitu, dalam masa yang sama beliau tidak meninggalkan bidang perniagaan. Kehidupannya senang/kaya namun cara hidupnya sederhana. Beliau banyak membantu orang ramai yang dalam kesusahan, menghalalkan hutang (10 ribu dirham) seorang sahabatnya dan pendek kata beliau juga seorang pemurah dan dermawan.

Diantara kenangan manisnya, Ketika beliau masih berguru dengan Imam Hammad di Madinah. Datanglah utusan Khalifah menjemput Imam Hammad ke Baghdad untuk berdebat dengan seorang cerdik pandai (Dahri) dari kerajaan Rom. Memandang semua ulama di Baghdad tidak mampu menjawab soalan-soalan dari Dahri tentang kewujudan tuhan, maka Imam Hammad membawa sekali imam Hanafi sebagai pengiringnya. Tiba di sana, Imam Hammad terasa gelisah mendengar khabar soalan dari Dahri yang memeningkan kepala. Akhirnya, Imam Abu Hanifah tampil menawarkan diri untuk menjawab soalan-soalan Dahri.

Dipendekkan cerita, semua soalan tersebut dengan mudah dijawab oleh Imam Abu Hanifah walaupun ketika beliau masih muda. Pulanglah Dahri ke Rom dengan malunya. Di dalam buku novel tersebut, ada beberapa lagi siri pendebatan diantara beberapa ulama-ulama.

Oleh kerana beliau hidup dalam peralihan dua zaman pemerintahan Islam iaitu zaman pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiah. Bahananya terpercik ke atas diri beliau. Disebabkan pengaruh beliau amat besar kepada umat (di Kufah) Khalifah Marwan (Bani Umaiyyah) ingin melantik beliau sebagai Kadi ataupun ketua perbendaraan Kufah. Beliau menolak jawatan tersebut dengan baik, namun beliau dituduh seorang yang menyokong kebangkitan Bani Abbasiyah. Beliau menolak jawatan tersebut kerana tidak mahu bersepakat dengan orang-orang zalim. Disebabkan itulah, beliau dipenjarakan. Selama 2 minggu, namun dibebaskan kerana khalifah takut pengikut Imam Abu Hanifah dan penduduk Kufah semakin menjadi pemberontakannya.

Pada masa Khalifah Abu Jaafar al Mansur (Bani Abbasiyyah) berkuasa, ketika itu dia masih mencari pengaruh dalam umat. Dia nampak imam Hanafi mampu membawa pengaruh umat kepada Khalifah Abu Jaafar sekiranya beliau bekerja dengannya. Sekali lagi, Imam Abu Hanifah ditawarkan jawatan kadi/ ketua perbendaraan Negara. Namun beliau tetap tolak jawatan tersebut dengan alasan yang sama. Walaupun, beliau dihadiahkan dan digajikan yang tinggi, beliau tetap menolaknya. Khalifah Abu Jaafar mengarahkan Imam Abu Hanifah dipenjarakan. Di dalam penjara, beliau berkali-kali diajak menjawat jawatan tersebut, namun beliau tetap menolaknya. Sehinggalah beliau disebat setiap hari. Khalifah Abu Jaafar memanggil ibunya menziarah dan memujuk anaknya(Imam Abu Hanifah) menerima jawatan tersebut. Ibunya datang ke penjara. Dengan perasaan kesalnya melihat keadaan Imam Abu Hanifah yang terseksa di dalam penjara. Berkata ibunya “Wahai anak bonda yang dikasihi. Suatu ketika dulu bonda berasa amat bangga dan gembira kerana kamu menjadi orang yang banyak ilmu dan disanjung tinggi. Tetapi sekarang bonda berasa amat berdukacita melihat keadaanmu, kerana itu lebih elok kamu buang sahaja dan lemparkan jauh-jauh yang kamu dapati kerana tidak ada manfaatnya. Apa yang kamu dapati sekarang adalah dikurung di dalam penjara, dipukul dengan cemeti setiap hari dan rantai yang membelit tubuhmu.”

Kata pula Imam Abu Hanifah “Wahai ibuku, anakanda bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan. Sekiranya anakanda hendakkan kemewahan dunia, tentu anakanda dapatinya. Tetapi anakanda mengutamakan keredaan Allah sertamemelihara ilmu pengetahuan yang selama ini anakanda pelihara sekiranya menuju kemurkaan Allah”

“Anakku, cuba beritahu bonda mengapa anakanda menolak jawatan itu? Bukankah itu perintah khalifah” tanya ibu Imam Abu Hanifah.

“Ibu, khalifah sekarang bukan seperti khalifah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Sekiranya mereka mencontohi khalifah Umar Abdul Aziz pun sudah cukup membuat anakanda mahu berkhidmat denganya. Tetapi khalifah sekarang ini berlaku zalim. Lihatlah apa yang baginda lakukan pada anakanda.Demi Allah, anakanda tidak akan bersubahat dengannya” jawab Imam Abu Hanifah.

Akhirnya, beliau mati diracun oleh Khalifah Abu Jaafar. Selepas beliau pergi untuk selama-lamanya, Khalifah Abu Jaafar berasa menyesal atas perbuatannya dan sering terbayang-bayang wajah Imam Abu Hanifah dalam ingatannya.

Ulasan yang hendak saya bahaskan, buku novel ini menceritakan gaya hidup seorang ulama yang terulung. Penulis banyak mengaitkan situasi politik/siasah pada ketika itu dan disalang-silangkan nasib-nasib orang-orang yang zalim seperti Gabenor Kufah, Al Hajjaj bin Yusof At-Thaqafi. Dia seorang yang bertanggungjawab menyerang Kaabah dan membunuh Abdullah bin Zubair. Akhir hayatnya, dia ditinggalkan oleh pengikutnya dan umat kerana penyakit yang misteri.

Satu fakta yang saya ingin ulaskan setelah membaca buku novel ini, tentang hadis pemuda dari khurasan. Hadisnya berbunyi begini,”Panji hitam akan muncul dari Khurasan. Tidak ada kekuatan yang mampu menahan kemaraan mereka hingga akhirnya sampai di Palestin,di tempat itulah mereka akan mengibarkan panjinya” (HR Tirmizi).

Penulis buku novel ini mengaitkan kebangkitan Bani Abbasiyah. Kerana Bani Umaiyyah menggunakan panji berwarna putih. Puak yang dikatakan pemberontak, menggunakan panji berwarna hitam. Punca kebangkitan Bani Abbasiyah bermula di Khurasan (khurasan juga dikenali sebagai tanah matahari terbit dalam bahasa Parsi dan kawasan timur) dan kawasannya sekarang ini melewati Afghanistan, Uzbekistan, Tajikistan,Pakistan dan Xinjing dan Yunan China.

Bagi saya, mungkin ya juga. Mungkin hadis pemuda dari khurasan telah berlaku. Tapi kenapa pulak hadis ini dikaitkan dengan kehadiran Imam Mahdi. Satu lagi persoalan yang kita nanti-nanti jawaban. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Contoh hadisnya, Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi.
(Ibnu Majah)

Di sisi yang lain pula, gaya kehidupan Imam Abu Hanifah seperti gaya syabab Hizbut Tahrir. Sibuk cari ilmu. Menegakkan kebenaran hanya menggunakan lidah dan ancaman penjara yang sering menjadi igauan.Cuma, syabab Hizbut Tahrir tidaklah sebaris Imam Abu Hanifah.Yang saya hendak kemukakan hanya gaya hidupnya saja.

0 komentar:

Posting Komentar

be nice, keep it clean my friend

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ada kesalahan di dalam gadget ini
Watch videos at Vodpod and more of my videos

Followers

Foto Saya
bilal mubaraqi
Bandung, Jawa Barat, Indonesia
a sore loser | full time dreamer | part time achiever | self centered servant | educator | big brother of insolent brothers | arts lover | half ass photographer
Lihat profil lengkapku